Friday 23 November 2012

Inilah dia rupa Kad Komuter 1 Malaysia tuu....

Yeayyy....saya dh dpt kad komuter ni, syukurlah. Kad ni boleh digunakan utk mendapatkan potongan 50%  pada harga tiket komuter,tak kiralah untuk perjalanan sehala ke, dua hala ke...berita baik lg ialah potongan ni sah selama setahun!!!

Kejap je proses nk dptkan kad ni, mula2 saya print siap2 borang permohonan yg boleh didapati di laman web KTMB, isi maklumat yg diperlukan, sertakan salinan kad pengenalan dan serahkan dekat kaunter permohonan di stesen KTM. Tak sampai 5 minit sudah siap...hihi...cekap betul...Pihak KTMB telah menyediakan khemah/tempat khas yg selesa utk memudahkan urusan permohonan. Atau pemohon boleh mengisi borang yang disediakan di stesen terlibat.

Kemudian petugas KTMB akan memeriksa dan meneliti borang permohonan, jika sudah lengkap, bermakna permohonan telah berjaya, dan bayaran RM1 dikenakan, resit akan diberikan kepada anda beserta dgn kad komuter. Di belakang kad tersebut tertera nama serta nombor kad pengenalan anda.

Bilamana anda ingin membeli tiket perjalanan menaiki komuter, anda perlu tunjukkan kad komuter dan kad pengenalan anda dekat petugas kaunter, barulah diberi potongan harga 50%. Jadi apa lg....jommm dapatkan kad komuter niii...


Monday 12 November 2012

Hantaran pertunangan

Okehh...cepat dan ringkas...sebagai panduan kepada mereka yg nak melangsungkan majlis pertunangan..dan mungkin masih tercari-cari apakah barangan yang sesuai dijadikan sebagai hantaran. Di sini boleh tinjau hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan:

1. Sirih junjung
2. Kain pasang
3.Manisan/kuih
4. Manisan/buah-buahan dalam tin
5. Cincin pertunangan

Daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki pula:

1. Persalinan baju melayu untuk akad nikah
2. Tuala
3.  Sejadah dan songkok
4. Kek
5. Buah-buahan
6. Manisan/coklat
7. Manisan













Friday 26 October 2012

Hukum menerima pakaian pemberian orang bukan Islam

Assalamualaikum...

Entri ni ditulis selepas saya tercari-cari jawapan kepada satu persoalan. Pada mulanya sedang meneliti pelbagai pakaian terpakai untuk dibeli dari satu laman jual beli terkenal. Ada laa berkenan 2 helai pakaian, tetapi bila diteliti pengiklannya seorang bukan Islam. Terdetik di hati, OK tak kalau beli? Bersih tak pakaiannya? Khuatir tapi dalam masa yang sama perlu jawapan yang bernas untuk persoalan ini.

Lantas jari-jemari ni dengan pantas men'google' di laman web soal jawab agama dan terjumpalah http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/views/45819 untuk dapatkan jawapan.

Menurut ahli panel, dalam kaedah feqah Islam menjelas: Al-Yakin la yuzalu bissaqi, yang bermaksud: Keyakinan itu tidak boleh ditewaskan oleh perasaan ragu.

Pemberian pakaian oleh seorang bukan Islam kepada seorang Islam hukumnya adalah harus diterima. Sekitanya pakaian itu telah bersih, tidak perlu disamak kecuali jika semasa pemberian pakaian tersebut ia masih basah dan ada tanda/kesan mencurigakan seperti terkena kuah babi atau tahi anjing maka barulah perlu disamak untuk menyucikannya.

Namun jika masih was-was, lebih baik samak dahulu pakaian tersebut untuk menghilangkan keraguan. Wallahu a'lam.

Wednesday 24 October 2012

Kad Komuter 1Malaysia

KTM Berhad (Railway Malaysia) mengumumkan promosi terbaru untuk pengguna komuter, iaitu Kad Komuter 1Malaysia. Kad ini membolehkan pengguna mendapat diskaun 50% untuk perjalanan menaiki komuter.

Syarat permohonan, pemohon mestilah:
> Warganegara Malaysia
> Berpendapatan RM3000 sebulan dan ke bawah
> Lampirkan salinan kad pengenalan.

Untuk mendaftar, dapatkan borang di mana-mana stesen seperti di bawah:
> KL Sentral
> Tanjung Malim
> Kepong Sentral
> Bangi
> Sungai Gadut
> Sentul
> Subang Jaya
Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar bersama-sama salinan kad pengenalan.
Tempoh pendaftaran di stesen seperti dinyatakan bermula 22 Oktober 2012 hingga 21 November 2012, kecuali cuti umum. Masa pendaftaran dari 11 pagi hingga 8 malam.

Untuk memudahkan urusan pendaftaran, pengguna boleh mendaftar dahulu secara online melalui laman web http://www.ktmb.com.my, isi borang online dan hantar borang yang telah dicetak di mana-mana stesen di atas.

Dari 22 November 2012,kad boleh didapati di stesen KL Sentral sahaja. Jom daftar kepada yang berminat.

Monday 22 October 2012

Keajaiban bersedekah

Bersedekah satu amalan yang mulia. Jika dilakukan seikhlas hati, ganjaran pahala dijanjikan untuk kita. Rezeki yang kita peroleh adalah untuk dikongsi dengan orang lain juga. Dalam rezeki yang kita peroleh itu, ada sebahagiannya adalah hak milik orang lain.

Rasionalnya dengan bersedekah ini, dapat menyucikan diri daripada dosa dan membantu meringankan beban saudara kita yang lain.

Bersedekah dalam pelbagai cara, bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja. Elok saja didiamkan setiap sedekah itu, tanpa perlu mewar-warkan kepada umum, kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Jika menyedekahkan sesuatu dalam bentuk barangan, biarlah barang yang elok dan ada manfaat sahaja. Biarlah sedekah itu daripada sumber yang halal, kerana itu lebih baik, serta ada keberkatan.

Lebih bermakna jikalau sedekah itu dalam bentuk sesuatu yang kita sayangi, kesanggupankita untuk memberikannya kepada orang lain, jika dilakukan dengan ikhlas, dapat menyucikan hati.

Semoga kita mendapat keredhaan Allah S.W.T. di atas niat suci kita untuk bersedekah.

Wallahualam.

Friday 19 October 2012

Masalah kelemumur...

Hari-hari di kaca tv ada macam2 iklan syampu utk atasi masalah kelemumur...memang banyak pilihan utk dicuba, tp pastikah anda mana yg betul2 berkesan utk atasi masalah kelemumur?

Kelemumur atau dlm bahasa yg canggih-manggih ni dinamakan sebhorreic dermatitis, boleh mengundang rasa kurang yakin atau rendah diri di khalayak ramai. Perkara biasa yg akan anda alami ialah kulit kepala akan dilitupi oleh kepingan-kepingan nipis berwarna putih (melekat di kulit kepala...ewwww!!)...dan menyebabkan kulit kepala menjadi gatal.

Anda boleh mencuba produk anti kelemumur yg byk dijual di pasaran (lebih tepat jika beli syampu berubat). Pilih produk yg sesuai utk mendapatkan hasil yg terbaik. Syampu dengan fungsi anti-kelemumur berupaya mengurangkan kelemumur dengan menghalang penghasilan minyak yg berlebihan di kulit kepala.

Banyak faktor yg menyumbang kpd masalah kelemumur antaranya:
> faktor genetik
> alahan pada makanan tertentu
> pengambilan ubat-ubatan
> berpeluh secara berlebihan
 > jangkitan kulat
 > tekanan dlm kehidupan seharian

Apapun puncanya, pasti ada jalan untuk mengatasi masalah ini.

Monday 15 October 2012

Hari Raya Aidiladha 1433H

Hari Raya Aidiladha 1433H telah ditetapkan pada 26 Oktober 2012 bersamaan hari Jumaat, 10 Zulhijjah.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Tak dapat beraya di kampung tahun ni....seperti tahun2 sebelumnye....aduihhhhhh....:-(